Suri Rumah Terkilan Tak Boleh Buka Akaun Bank, Bazir Masa 2 Jam Tunggu Turn

Sememangnya menjadi suri rumah merupakan bukan suatu kerja yang mudah. Tetapi, ramai wanita yang sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa demi anak-anak dan suami. Namun, seorang wanita yang juga telah menjadi suri rumah selama setahun telah berkongsi sebuah vide0 melalui aplikasi TikTok tentang kesedihannya kerana tidak dapat membuka akaun bank kerana dia adalah se0rang suri rumah.

Menangis kerana sangat tertekan

Dalam video yang berdurasi 3 minit tersebut, wanita itu sedang menangis kerana berasa sangat tertekan tidak dapat membuka akaun bank. Ujarnya, dia tidak pernah merasa kecewa begitu sekali dan merasa sangat tertekan dengan apa yang berlaku.

Sudah pernah pergi ke bank untuk bertanya

Menurutnya, itu bukan kali pertama dia mengunjungi bank tersebut, tetapi sebelum ini dia sudah pernah pergi ke bank tersebut untuk bertanyakan adakah suri rumah b0leh membuka akaun. Wanita itu juga mengatakan bahawa sebelum ini pihak bank tersebut memberitahu bahawa suri rumah b0leh membuka akaun dengan menyuruhnya membawa slip penyata gaji suami dan juga bil telef0n. Oleh hal yang demikian, dia bersungguh-sungguh menyiapkan semua d0kumen dan pergi ke bank tersebut untuk membuka akaun.

Menghabiskan masa 2 jam tunggu turn

Wanita tersebut juga kecewa kerana sudah menghabiskan masa tunggu giliran selama 2 jam untuk  membuka akaun bank dan mempers0alkan kenapa daripada awal pihak bank tidak memaklumkan bahawa suri rumah tidak dibenarkan membuka akaun bank. Dia juga menyatakan bahawa suri rumah juga mempunyai maruah dan kenapa pihak bank menyuruhnya menyediakan d0kumen sedangkan suri rumah memang tidak dibenarkan membuka akaun bank.

@farhanah_said

♬ original sound - Ana_Nokcili

Kredit: Tiktok farhanah_said / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post