Sepot0ng ayat al-Quran berlegar di minda sebulan sebelum bapa ‘pergi’, anak Ustaz Soberi sedar rupanya persediaan hilang insan tersayang



PEMERGIAN seorang ustaz ketika menyampaikan kuliah Subuh di surau mengejutkan ramai sekali gus menjadi satu kematian yang dicemburui.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Isma (Muis), Dr Mohd Soberi Awang rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al-Ittihadiyah, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, pagi Ahad.

Ramai yang bersedih dengan khabar duka tersebut, termasuk anak perempuan tunggal Allahyarham iaitu Nadhratul Hana’ yang berkongsi luahan hati mengenai bapa tercinta yang mesra dipanggil baba.

“Hakikat menerima pemergian baba tersayang amat pedih untuk diterima. Tetapi, apa yang saya tahu, saya tak pernah rasa setenang ini.

“Sedih tapi perasaan lega itu mengatasi sedih. Sedih mungkin kerana tidak dapat bersua muka lagi, tidak dapat bermanja dan berkongsi cerita, apatah lagi ingin meluahkan masalah,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook.

Allahyarham Dr Mohd Soberi Awang meninggal dunia pada 30 Julai 2023.

Difahamkan, ketika luahan tersebut ditulis, Nadhratul berada di Kaherah, Mesir.

Namun, Nadharatul lega apabila bapanya dijemput Ilahi dalam keadaan yang sangat baik dan terpuji.

“Allah hadirkan rasa tenang dan kelegaan apabila tahu baba pergi dalam keadaan yang sangat baik, dan 0rang sekelililngnya semua mengatakan yang baik-baik. Sungguh, ucapan dan hantaran kenalan, pelajar serta semua yang mengenali baba mengubat rasa sedih di hati.

“Baba pulang dalam keadaan baik. Itu satu jaminan kebahagiaan yang tiada taranya bagi seorang anak,” ujarnya lagi.

Namun siapa sangka, Nadharatul terdetik hati untuk melakukan sesuatu yang penuh bermakna sebelum pemergian bapanya.

“Allah detikkan hati saya sebuIan lebih dengan mengingati sepotong ayat al-Quran sebelum kehilangan baba.

“Setiap kali nak tidur, saya akan teringat ayat ini. Tak tahu kenapa, mungkin Allah inginkan hati saya sedia menerima pemergian baba walaupun terlalu mengejut.

“Ayat ini semakin kerap berIegar di kepala saya minggu lalu lepas tahu baba tak sihat, katanya gastrik,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, Nadharatul berkongsi beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah beserta terjemahannya.


“ وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَیۡءࣲ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصࣲ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَ ٰ⁠لِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِینَ (155)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.


ٱلَّذِینَ إِذَاۤ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِیبَةࣱ قَالُوۤا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّاۤ إِلَیۡهِ رَ ٰ⁠جِعُونَ (156)

(Iaitu) orang-0rang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."


أُو۟لَـٰۤىِٕكَ عَلَیۡهِمۡ صَلَوَ ٰ⁠تࣱ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةࣱۖ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ (157)

Mereka itu ialah orang-0rang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Allahyarham merupakan pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).

Menurut Nadhratul, terdetik di hatinya mengenai keredaan sekiranya ditakdirkan ibu atau bapanya dijemput Ilahi ketika berjauhan.

“Ketika ayat ini berlegar dalam kepala saya setiap malam, apa yang terdetik dalam hati saya... ‘Allah, aku reda jika Engkau takdirkan ibu/ayahku pergi dalam keadaan aku jauh daripada mereka. Aku yakin dengan janjiMu. Jadikan aku kuat dan sabar’.

“Inilah jawapannya. Allah nak saya kuat untuk hari-hari yang mendatang. Pers0alan tentang sediakah kita kehilangan orang tersayang?

“Demi Allah, hatta berumur 100 tahun pun kita tak akan sedia kehilangan 0rang tersayang. Hanya Allah yang tahu kekuatan kita. Hanya Allah tempat saya bergantung. D0akan saya dan mama kuat,” katanya yang turut memaklumkan untuk pulang bersama suami ke Malaysia.

Nadhratul (tengah) bersama ibu bapanya.

Difahamkan ketika kejadian, Allahyarham yang juga pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) mengadu sakit dada dalam kuliahnya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri selang beberapa minit.

Jemaah yang hadir kemudian menghampiri Allahyarham bagi memberi bantuan.

Dilap0rkan, keputusan bedah siasat mendapati punca kematian Allahyarham disebabkan serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten K0misioner M0hd Iqbal Ibrahim berkata, kematian penceramah berusia 59 tahun itu dilap0rkan pada jam 7.45 pagi.

Beliau berkata, mngsa dikejarkan ke H0spital Shah Alam dan disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

"Kes dikIasifikasikan sebagai mati mengejut dan hasil bedah siasat yang dijalankan di H0spital Shah Alam mendapati punca kematian akibat serangan jantung," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post