Semalam Rugi Hampir 10K, Allah Hadirkan Insan Istimewa Buat Kieda Crepe

 


Baru-baru ini tular tentang seorang peniaga dessert viral iaitu Khalieda Yusra ataupun lebih dikenali sebagai Kieda Crepe yang kerugian hampir 10 ribu kerana chiller berisi crepe jualannya telah rosak. Dalam kesedihan tersebut, peniaga itu telah berkongsi satu hantaran video dia dikunjungi tetamu istimewa.

Allah hadirkan insan istimewa supaya dirinya kuat

Menurutnya, tetamu tersebut adalah sangat istimewa dan Allah hadirkan manusia yang baik tersebut supaya dirinya selalu kuat. Tetamu tersebut adalah seorang gadis istimewa yang berumur 19 tahun. Gadis tersebut ditolak oleh ibunya menggunakan kerusi roda untuk bertemu kieda ketika peniaga tersebut berniaga di Kuantan.

Gadis itu memberikan penanda al-quran

Pada awalnya, ibu kepada gadis istimewa tersebut memanggil Kieda dan berkata bahawa anaknya ada sesuatu untuk diberikan kepada peniaga tersebut. Rupanya, gadis tersebut telah membuat penanda al-quran yang terukir nama peniaga itu. . Ada juga yang mengatakan bahawa gadis istimewa tersebut adalah pelajar terbaik dalam buat sulaman manik.

Berasa amat dihargai oleh insan-insan seperti itu

Sudah menjadi kebiasaan buat peniaga itu dikunjungi oleh insan-insan istimewa dan menurutnya insan-insan seperti itu selalu mendoakan benda-benda yang baik, mereka juga akan menangis, memegang tangan dan memeluknya. Peniaga tersebut berasa amat dihargai oleh insan-insan seperti itu kerana walaupun mereka tidak sempurna tetapi mereka baik.

@kiedacrepe Saat kieda bersedih , Allah hadirkan manusia baik macam ni bagi semangat supaya kieda selalu kena kuat🥹 Jumpa lagi adik 🫶🏻 #kiedacrepe ♬ original sound - Putera_CarcaMarbA - Abam_JiwangkapaK

Kredit: TikTok KiedAmy / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post