Rujuk hadis Rasulullah, Abdullah Abbas nama anak kedua Neelofa

 


Selepas tujuh hari bersalin, usahawan dan selebriti popular Neelofa mengikut saranan sunnah nabi dengan berkongsi nama cahaya mata keduanya kepada umum.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, selebriti berusia 34 tahun itu dan suaminya Haris Ismail sepakat menamakan anak lelaki tercinta sebagai Abdullah Abbas.

Rujuk hadis Rasulullah SAW


Di ruangan kapsyen, dia memberi penjelasan secara terperinci berhubung maksud disebalik pemilihan nama Abdullah Abbas dengan merujuk kepada hadis Rasulullah SAW.


“Jadi harapan umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.

“Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu,” tulisnya.

Sebelum itu, Neelofa turut menyatakan maksud ‘Bilal’ yang merujuk kepada nama anak sulungnya Muhammad Bilal selain berharap putera kesayangan berusia setahun itu dapat menjadi seperti sahabat Rasulullah SAW, Bilal bin Rabah.


Terdahulu, bekas pengacara MeleTOP itu selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar jam 10.45 malam pada 11 Julai lalu.

Untuk rekod, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021.

Sumber: Instagram Neelofa / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post