Penangan Kieda Crepe yang viral di TikTok membuatkan usahawan, Khalieda Yusra dikenali ramai lebih-lebih lagi dengan pelbagai dessert yang dijual di kedainya.
Namun, menerusi perkongsian terbaru usahawan itu di TikTok, dia telah memuat naik video terpaksa membuang crepe yang telah rosak ke dalam tong sampah memandangkan chiller tempat meletakkan dessert berkenaan rosak secara tiba-tiba.
Menangis rugi dekat RM10,000
Kieda yang memaklumkan jumlah kerugian hampir RM10,000 menangis mengenangkan semua crepe terpaksa dibuang kerana sudah tidak dapat diselamatkan.
@kiedacrepe Sedih tengok makanan kena buang macam ni . Letih buat pakai tenaga semua 😭 #kiedacrepe #kiedacrepetour #hqkiedacrepe_penang ♬ Syi'ir Tawasul Al-Rifa'ie - Al-Rifa'ie Satu
Mungkin bukan rezeki
Ujarnya lagi, hampir 500 bekas crepe terpaksa dibuang dan sedih mengenangkan kerja keras para pekerja untuk menyiapkan semua dessert tersebut sebelum dijual kepada para pelanggan.
Walau bagaimanapun, Kieda tetap berlapang dada dan menganggap apa yang berlaku sebagai satu ujian untukknya sebagai seorang peniaga.
@crepekiedapenang Takpa , kieda kuat. Takda rezeki kami . Esok kita usaha lain🤲🏻💔😭😭😭😭 #kiedacrepetour #kiedacrepe #hqkiedacrepepenang ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline
Kerugian besar, Allah ganti keuntungan besar
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada usahawan itu dan juga para pekerjanya untuk bersabar dengan dugaan yang diberi.
Mereka juga berharap apa yang telah terjadi memberikan hikmah kepada mereka dan digantikan dengan rezeki yang lebih baik di kemudian hari.
Sumber: TikTok Kieda Crepe / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.