Pernah tular miliki suara persis Siti Nurhaliza, Layka Al Funsu selamat bernikah

 


Gadis yang memiliki suara merdu persis penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Layka Al Funsu sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Muhamad Irfan.

Difahamkan, Layka atau nama sebenarnya Siti Nurzulaikha Idrus, 22, melangsungkan pernikahan secara sederhana yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat di Sungai Petani, Kedah pada 15 Julai lalu.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh akaun pereka pelamin, @geebridal melalui beberapa muat naik video sekitar majlis pernikahan di platform TikTok.

Majlis pernikahan Layka & Irfan

@nazihahgee Replying to @aliasmastura ramai ka yang kecewa ni🤭#kakgeewedding #pelaminwinterkakgee #laykaalfunsu #laykakahwin ♬ Once again - 매드클라운 & 김나영

Nikah di hari lahir

@nazihahgee Kalau hampa nak tau, @Layka al funsu berkongsi tarikh lahir dan tarikh nikah tau😘#laykakahwin #laykaalfunsu #pelaminwinterkakgee #kakgeewedding ♬ Lento - Daniel Santacruz

Namun begitu, terdapat segelintir netizen terutama dalam kalangan peminat seolah-olah tidak mempercayai bahawa Layka sudah selamat mendirikan rumah tangga di usia yang muda.

Ini kerana TikToker yang mempunyai 701,000 pengikut itu tidak memakai dan melukis inai di jari, selain tiada gambar mesra seperti bersentuhan dengan Muhammad Irfan.

Betul ke dah nikah? Macam video klip je

@nazihahgee Replying to @aishiteru885 @Layka al funsu dah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati, Irfan.. Semoga jodoh mereka berkekalan hingga syurga❤️#pelaminkakgee #kakgeewedding #laykaalfunsu #laykakahwin ♬ Cinta Terakhirku - Bagas Ran

Bagaimanapun, menerusi kemas kini terbaharu Layka, dia berkongsi sebuah video memaparkan koleksi gambar pernikahan yang berpegangan tangan dengan suami sekali gus mengesahkan bahawa dirinya sudah ‘dihalalkan’.

@laykaaa.__

♬ original sound - Layka al funsu

Meninjau di ruangan komen, ramai tumpang gembira atas perkahwinan pasangan mempelai itu namun tidak kurang ada juga golongan lelaki muda yang meluahkan rasa kecewa kerana Layka sudah menjadi hak milik suaminya.





Terdahulu, Layka pernah tular di media sosial selepas membuat ‘cover’ lagu Nirmala sehingga orang ramai menyangka dia melakukan penyegerakan bibir atau lip sync kerana memiliki suara merdu persis Siti Nurhaliza.

@laykaalfans Ya maulai cover by layka al funsu #yamaulai #laykaalfunsu #fyp #fypシ #masukberanda #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #datositinurhaliza ♬ original sound - 𝙱𝚄𝙺𝙰𝙽 𝙻𝙰𝚈𝙺𝙰 🕊️ - BUKAN LAYKA

Sumber: TikTok @geebridal & @laykaaa.__, Instagram @thetruelove.wedd / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post