SAMA seperti manusia, kucing juga sebenarnya mempunyai perasaan sayang dan rindu kepada individu yang rapat dengannya.
Begitulah juga dengan si bulus bernama Oyen yang dipelihara oleh keluarga Siti Aliah Kassim.
Haiwan tersebut menunjukkan perubahan yang ketara sejak dua minggu lalu, susulan pemergian bapa Siti Aliah, iaitu Allahyarham Kassim Othman, 66, pada 29 Jun lalu.
Menerusi beberapa rakaman video yang dikongsikan oleh Siti Aliah di TikTok, Oyen kelihatan murung, banyak menghabiskan masa dengan tidur dan tidak aktif seperti selalunya.
Berkongsi cerita dengan mStar, Siti Aliah berkata Oyen sememangnya terlalu rapat dengan arwah bapanya berbanding dia dan ahli keluarga lain di rumah.
"Oyen ni sebenarnya kucing jiran yang kerap bertandang ke rumah. Kami memang meletakkan makanan kucing di luar untuk mana-mana kucing yang singgah.
"Tapi Oyen ni special sikit... ia dah macam kucing sendiri, bebas keluar masuk rumah malah sangat manja dengan arwah abah. Abah pula dah pencen, memang sentiasa ada masa melayannya.
"Kalau dengan abah, tak payah panggil pun ia datang sendiri bermanja. Kalau dengan kami, nak belai sekejap pun payah sebab ia akan lari.
"Dipendekkan cerita, abah dimasukkan ke h0spital kerana jatuh sakit dan meninggaI dunia selepas seminggu dirawat. Kami balik rumah dengan membawa jenazah.
Foto yang sempat dirakam sebelum bapa Siti Aliah menghembuskan nafas terakhir pada 29 Jun lalu.
"Kiranya seminggu Oyen tak jumpa arwh abah... apabila kami balik, ia mengiau-ngiau mencari mungkin sebab ingat abah balik sekali," k0ngsinya.
Sehari selepas bapa Siti Aliah meninggal dunia, si bulus itu masih mengiau-ngiau dan menghidu tempat arwh selalu berbaring.
Berubah menjadi tidak aktif seperti selalu, Siti Aliah juga berkata selera makan Oyen turut terjejas.
Alhamdulillah selepas bawa ke kubur, nampak sedikit perubahan positif pada Oyen.
SITI ALIAH KASSIM
"Saya sebenarnya tak dapat menjangka perubahan Oyen ada kaitan dengan arwh abah. Sebab inilah kali pertama kami kehiIangan ahli keluarga paling dekat.
"Saya agak mungkin Oyen rindu arwh sebagaimana kami... jadi kami cuba juga bagi baju abah. Oyen cium-cium juga tapi tetap murung. Pandangannya macam kos0ng.
"Akhirnya kami cuba bawa ia ke kubur arwh. Dekat kubur tu ia mengiau-ngiau mungkin nak cuba sampaikan sesuatu. Alhamdulillah selepas bawa ke kubur, nampak sedikit perubahan p0sitif pada Oyen.
"Sepertinya ia puas dapat ziarah kubur arwh abah," ujar Siti Aliah yang merupakan se0rang guru di sebuah sek0lah rendah di Rawang, Selangor.
Arwah bapa Siti Aliah melayan kucing yang bertandang ke rumahnya.
Tidak menyangka perk0ngsian vide0nya menjadi tular, Siti Aliah melahirkan rasa terharu dengan komen, kata-kata semangat dan doa yang dititipkan warga maya.
"Ramai juga kongsi kisah kucing mereka yang serupa seperti Oyen. Bagi mereka yang memelihara kucing, peliharalah sebaik-baiknya... kita tak tahu rezeki kita mungkin d0a daripadanya juga.
"Akhir sekali saya moh0n warga maya untuk mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah abah," akhirinya.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.