Nyawa ‘limited edition’, ramai terkelu lidah lihat ‘superwomen’ bertudung

 


Lagak aksi ngeri bagi sesetengah penunggang motosikal amat membimbangkan pengguna jalan raya lain terutama di lebuh raya kerana ia boleh menyebabkan kemalangan seperti yang berlaku baru-baru ini.

Namun, aksi menunggang secara berbahaya ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan lelaki, bahkan kaum wanita turut tidak ketinggalan menunjukkan kehebatan mereka di jalan raya kepada pengguna lain.

‘Superwomen’ berhijab beraksi

Ia jelas terbukti dapat dilihat menerusi hantaran tular di platform Twitter @mynewshub hari ini apabila kelihatan sekumpulan penunggang motosikal wanita menunggang dengan bahaya.

Menerusi video tersebut, kelihatan mereka yang memakai tudung menunggang secara bahaya selain menunjukkan aksi ‘superwomen’ dan menukar lorong sesuka hati.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut dikongsikan mengenai lokasi mahupun waktu video tersebut dirakam, namun ia telah tular di media sosial.

Betul2 tak sayang nyawa

Hantaran berkenaan menerima banyak kecaman di mana rata-rata warganet berpendapat penunggang motosikal terbabit tidak menyayangi nyawa mereka.

Malah, ada juga terkejut apabila melihat kain dipercayai tudung berterbangan di sebalik topi keledar dipakai oleh mereka sewaktu menunggang secara laju.





Sumber: Twitter @mynewshub / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post