Setiap rumahtangga pasti mempunyai ujian masing-masing sama ada dari segi ekonomi, ipar duai dan sebagainya. Lagi-lagi jika seorang suami mempunyai pendapatan yang agak kecil, pastinya akan lebih mencabar kerana keadaan ekonomi sekarang. Oleh itu, suami dan isteri perlu lebih bersabar jika menyayangi hubungan perkahwinan mereka.
Kakak terkilan tengok keadaan adik lelakinya
Seorang wanita menerusi aplikasi TikToknya @Zeemarwardiana baru-baru ini mendedahkan tentang adik lelakinya yang didakwa dihempuk oleh isterinya. Dalam video tersebut, si kakak dilihat menangis sambil memeluk erat si adik lantaran begitu kasihan. Kerana dikasari, katanya wajah lelaki itu mempunyai kesan lebam.
@zeemarwadriana Replying to @nuryqa ♬ original sound - トワン・カシャ🇲🇾
Merahsiakan kejadian tersebut kepada kakaknya pada awalnya
Pada awalnya, lelaki berbaju merah ini tidak ingin buka mulut kerana bimbang kakaknya akan berang. Jadi, lelaki itu hanya beritahu kepada adik perempuannya sahaja pada awalnya. Sejurus dimaklumkan, mereka terus membawa lelaki tersebut ke klinik bagi menjahit mulutnya yang terkoyak akibat pergelutan dengan isteri.
Bini selalu minta cerai kerana keadaan ekonomi
Menurut kakaknya lagi, bini adiknya selalu meminta cerai kerana masalah ekonomi apalagi lelaki itu hanya bekerja sebagai penghantar makanan. Namun, dia selalu menasihatinya adiknya untuk memujuk bininya. Lelaki tersebut juga telah berusaha untuk membuat kerja sampingan bagi menambah pendapatan namun isterinya tetap dengan pendirian yang sama. Sehinggalah satu hari, lelaki itu terdengar wanita berkenaan berbual di telefon dengan begitu mesra. Lelaki itu terus meminta telefon tersebut, namun isterinya terus berang dan bertindak kasar.
@zeemarwadriana Replying to @yayaariff ♬ original sound - Zee5
Kredit: TikTok Zeemarwadriana / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.