Gagal tahan sebak, Amar Asyraf tak sangka sudah ada ‘signboard’ bisnes sendiri

 


Baru-baru ini, pelakon Amar Asyraf berkongsi kegembiraannnya apabila perniagaan minyak wangi dibawah jenamanya sendiri sudah semakin berkembang telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Amar di laman TikToknya, dia tidak dapat menahan sebak kerana sudah mempunyai papan tanda perniagaannya.

Bukan itu sahaja, dia meluahkan rasa syukur dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang tidak pernah berhenti memberi sokongan bermula berniaga dari rumah sehinggalah memiliki kedai sendiri.

@amarasyrafzailuddin

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. TERIMA KASIH semua yang support kami daripada business di rumah sampai la ada kedai, sampai la ada signboard sebesar alam ni. TERIMA KASIH SEMUA !!

♬ original sound - AmarV.Asyraf

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Terima kasih semua yang support kami daripada business di rumah sampai la ada kedai, sampai la ada signboard sebesar alam ni. Terima kasih semua!!” ujarnya di ruangan kapsyen.

Netizen tumpang gembira

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira atas kejayaan aktor yang berusia 36 tahun itu malah, mereka turut menjadi saksi kepada perjuangan Amar dalam mengembangkan perniagaannya.


Alhamdulilah, tahniah Amar!

Dalam pada itu, ramai yang menitipkan ucapan tahniah kepada Amar atas kejayaannya dalam perniagaan minya wangi yang dilihat sudah semakin maju dan berharap dia akan terus berjaya pada masa akan datang.


Sumber: TikTok @Amar Asyraf / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post