Enggan Suami Borak Lama Di Surau, Isteri Sengaja Kotorkan Kopiah Namun Dicerai


Perkataan talak dan cerai adalah hal yang paling enggan disebut-sebut dalam perkahwinan. Seburuk mana pun konflik yang tercetus, pasti ada ruang untuk suami isteri memperbaiki kesilapan masing-masing. Namun tahukah anda di luar sana, ramai pasangan yang berpisah atas sebab-sebab kecil? Ya, sukar dipercayai namun ia benar-benar berlaku.

Punggung isteri menggerutu…Dengar macam lawak tapi ia membawa kepada penceraian

Beberapa hari lalu, seorang ustaz menerusi akaun TikTok @ImamMudaHassan berkongsikan laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor mengenai penceraian melibatkan alasan remeh-temeh. Selain tidak berpuas hati dengan tubuh pasangan, ada yang bercerai dengan sebab suami tidak pandai ‘beraksi’ di ranjang dan suami menyampah apabila isteri minta dibelikan 30 set baju baru berbeza warna yang berlainan warna.

Isteri kotorkan kopiah sebab taknak suami habiskan masa berborak di surau

Paling mengejutkan, ada isteri yang diceraikan kerana didapati mengotorkan kopiah suami. Apabila disiasat, rupanya si isteri sengaja berbuat begitu kerana suami terlampau kerap berborak di surau. Siapa sangka niatnya yang sekadar mahu sedikit perhatian suami akhirnya memakan diri.

Berikut adalah alasan-alasan lain yang dinyatakan dalam video ini :

  1. Isteri suka ungkit kehebatan bekas suami beraksi di ranjang kepada suami baru.
  2. Isteri suka pergi rombongan beramai-ramai.
  3. Isteri suka membasuh baju waktu malam.
  4. Suami tak suka isteri makan dalam kereta (terlalu pembersih).
  5. Isteri lambat sediakan makanan.
  6. Gaji isteri lebih rendah dari suami.
  7. Pasangan bangun tidur lewat.
  8. Suami kerja tak tentu masa.
  9. Anak demam & tidak sihat.
  10. Pasangan terlalu cerewet.
  11. Pasangan tidur berdengkur.
  12. Pasangan kuat shopping.
  13. Suami kedekut.
  14. Pasangan lupa pam tandas.
  15. Tak suka cara pasangan membasuh & menjemur baju.
  16. Berebut tonton rancangan televisyen.
  17. Suami terlalu curiga setiap tindak-tanduk isteri.

Tak boleh nak meraikan perbezaan

Bagi ustaz, perkara sebegitu boleh terjadi lantaran sikap suami atau isteri terlalu mementingkan diri. Walhal dalam kehidupan berumahtangga, kedua-dua pihak haruslah bertoleransi sesama sendiri. Apalagi, masing-masing dibesarkan dengan cara berbeza.

@imammudahassan Pelik Tapi Benar; Kes Remeh Yang Membawa Kepada Perceraian ūü•Ļ #jiwatenang #fyp„ā∑ #suamiisteribahagia ♬ original sound - IMAM MUDA HASSAN

KREDIT : TikTok Imam Muda Hassan / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post