Dahulu Kacak Kini Fizikal Berubah 100%, Pengorbanan Berani Bomba Jalani Tugas

Apabila seseorang nekad menceburkan diri dalam bidang keselamatan, ini bermakna mereka sudah sedia mempertaruhkan hayat sendiri demi orang lain. Masyarakat kerap menjulang profesion askar sebagai pahlawan negara. Namun usah dilupakan juga jasa dan keberanian anggota bomba yang tidak pernah lelah menyelamatkan orang dalam mana-mana insiden. Apa juga rintangan yang datang, keselamatan orang awam tetap menjadi keutamaan nombor 1.

Anggota bomba alami kecacatan kekal…Pengorbanan ketika menjalankan tugas

Baru-baru ini menerusi aplikasi TikTok, viral sebuah rakaman dokumentari memaparkan beberapa orang anggota bomba dari negara China mengalami kecacatan kekal seluruh badan. Kesan melecur itu diperolehi setelah dikatakan membawa keluar orang awam dalam sebuah misi menyelamat.

Terima kasih pahlawan selamatkan ribuan orang

Dahulunya mempunyai tubuh yang sihat walafiat serta berwajah kacak, kini semuanya berubah dalam sekelip mata. Bukan sahaja tidak boleh berjalan seperti biasa dan perlu berharap pada kerusi roda, bahkan keadaan kulit turut berubah sopak akibat kesan melecur yang agak teruk.

Takde ke orang kaya nak tolong dia sembuh kembali?

Meraih ratusan ribu jumlah t0ntonan, video berkenaan cukup mengundang sebak ramai. Ada juga yang berharap semoga ada orang kaya sudi menaja kos plastic surgery kerana ia mungkin mampu memberikan sinar kehidupan kepada para bomba yang terlibat.

@yatie_110 Terima kasih pahlawan Telah menyelamatkan Ribuan nyawa meskipun bertaruh nyawa sendiri #terimahkasih#pahlawannegara #chinatiktok #fypシ #fypシ゚viral ♬ Tak Segampang Itu - Anggi Marito

KREDIT : TikTok Yatie110 / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post