Budak 4 Tahun Maut Dirempuh Kereta Ketika Melintas Jalan

Se0rang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang melintas di Jalan SS 9A/8, Sungai Way, di sini, semalam.

Maut dirempuh kereta

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung insiden yang membabitkan seorang pejalan kaki kanak-kanak warga asing dan sebuah kereta jenis Nissan X-Trail.

Ketika pemandu kenderaan berkenaan melalui lokasi kejadian, mangsa dikatakan secara tiba-tiba melintas jalan menyebabkan pemandu tidak sempat brek dan terlanggar mangsa.

Mangsa yang mengalami kecederaan disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semasa menerima rawatan. Sementara suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Harian Metro / ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post