Baru Nak Merasa Senang & Sempat Belikan Kereta, Kieda Luluh Abah Dijemput Ilahi


Bermula dengan bisnes secara kecil-kecilan di rumah, kisah perjuangan Khalieda Yusra a.k.a Kieda yang mampu menjayakan perniagaannya cukup mencetuskan inspirasi. Bukanlah berasal dari keluarga senang, sudah pasti kejayaan yang diraih kini mahu dikongsikan semula bersama ibu ayah serta adik beradik lain.

Bapa Kieda hembuskan nafas terakhir jam 8 malam

Namun siapa sangka saat Kieda berada di puncak kejayaan, Allah lebih menyayangi ayahnya yang mesra dipanggil Abah. Pernah dikatakan tidak sihat sebelum ini dan mengalami masalah lemah jantung, wanita berkenaan luluh hati menyampaikan khabar duka itu di Instagramnya semalam lantas mengundang rasa sebak ramai.

Lani kita baru nak merasa senang…Adik baru boleh bagi Mama Abah kesenangan

Sebagai seorang anak, pastinya Kieda belum merasa puas membalas segala jasa bapanya sepanjang membesarkan dari kecil. Apalagi keluarganya dahulu bukanlah orang-orang berada. Baru sahaja membelikan kereta baru jenis Grand Livina sekitar 2 minggu lalu, siapa sangka takdir Allah kini mengatasi segala-galanya.


@kiedaamy Kereta baru untuk abah😘 #kiedacrepe #hqkiedacrepepenang ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) - yo suzuki(akisai)

Kieda berdepan pelbagai ujian bulan ini…Namun pemergian Abah ujian paling berat

Sebelum ini, Kieda pernah diuji dengan insiden crepe basi melibatkan kerugian hampir RM10,000. Dia dan para pekerja juga telah diganggu ‘sesuatu’ saat dalam perjalanan menuju ke Kuantan untuk business tour. Namun pemergian Abah disifatkan sebagai dugaan paling berat untuknya.


KREDIT : TikTok KiedaAmy & Instagram Khalieda Yuesra / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post