Seorang penoreh getah sanggup meminjam RM120 daripada penduduk kampung demi menghadirkan diri bersama isteri ke majlis pengiktirafan untuk anaknya yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Bapa sewa teksi pergi majlis pengiktirafan
Memetik laporan dari NST, Juliusuh Madakol, 62 terpaksa meminjam duit daripada beberapa orang kampung untuk melihat anaknya, Arnie Juliusuh, 20 menjadi satu-satunya pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 di SMK Tun Fuad Stephens.
Ujarnya, dia tiada pilihan selain daripada meminjam daripada orang kampung memandangkan pendapatannya sebagai penoreh getah hanyalah RM200 hingga RM300 sebulan.
“Saya tiada pilihan selain meminjam daripada beberapa orang kampung untuk pastikan kami berada di sana. Ia majlis yang gembira” katanya.
Hanya ada kereta lama dan motosikal
Tambahnya, duit yang diperoleh telah digunakan untuk tambang menaiki teksi bagi pergi dan balik dari majlis tersebut. Dia yang hanya mempunyai sebuah motosikal dan kereta jenis Proton Saga keluaran 1990an akui yang hanya mampu berjalan sehingga Pekan Tamparuli.
“Saya hanya ada motorsikal dan proton saga dari era Tun Dr Mahathir jadi Perdana Menteri pada tahun 1990an”
“Paling jauh dia boleh pergi hanya di Pekan Tamparuli” tambahnya.
Ujarnya lagi, dia telah keluar seawal jam 6 pagi untuk menghadiri majlis tersebut dan menemani anaknya untuk mengambil keputusan.
Difahamkan, anak ketiga Juliusuh itu telah tinggal di asrama sejak dari tingkatan satu lagi atas faktor lokasi ke sekolah jauh dari rumahnya iaitu Kampung Sinansag, Kiulu.
Sumber: NST (Olivia Miwil) / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.