Amanah Habiskan Kerja Tertunda, Pak Cik Sanggup Mesin Rumput Waktu Hujan

 


Setiap manusia tanpa mengira umur menginginkan pekerjaan apabila menginjak dewasa untuk menampung segala pembelanjaan.  Namun, secara umumnya apabila manusia meniti usia emas, masyarakat rata-rata mempersetujui bahawa sudah tiba masa bagi golongan ini untuk berehat. Walau bagaimanapun terdapat segelintir golongan kurang bernasib baik yang masih perlu bekerja biarpun sudah lanjut usia untuk menyara kehidupan.

Pak Cik Mesin Rumput Tengah Hujan Lebat

Perkara inilah yang dikongsikan oleh seorang wanita melalui akaun TikToknya. Menerusi video berdurasi 40 saat itu, seorang lelaki warga emas kelihatan sedang memotong rumput di rumah kediaman wanita berkenaan walaupun hujan turun dengan sangat lebat pada waktu tersebut. Atas dasar simpati wanita berkenaan menyuruh lelaki yang bergelar pak cik itu untuk berhenti dan menyambung kerjanya pada keesokan hari namun ditolak kerana perlu memenuhi tuntutan kerja lain pada hari tersebut.

@panggilmasjela Beliau kemarin dah mesin rumput.. tgh mesin dah nak habis rumput mesinnya rosak, dia dtg harini nak habiskan tugasannya 🥺 btw, kite tak panggil beliau tapi dia kawan kpd pak mertua kite upah memesin.. sebelum ni org mesin rumput bukan seusia dia muda gagah perkasa tapi tiada org mesin dan dia sendiri nak 🥹 ya Allah kau permudahkan urusannya dan berilah kesihatan tubuh badan yg sihat utknya ✨ #pakcikbaik ♬ Sampai Menutup Mata _Acha Septriasa - You This Tira

Empunya Rumah Jamu Nasi Goreng & Kopi Panas

Secara tidak semena-mena kilat dan guruh mula berdentum lantas memaksa lelaki yang berada dalam usia emas itu untuk berteduh terlebih dahulu. Sambil menunggu hujan reda, wanita yang kagum dengan kudrat lelaki tua itu menghulurkan sepinggan nasi goreng dan secawan kopi panas yang kemudian dijamah penuh berselera oleh warga emas berkenaan.

Sambung Tugas Tertunda Sebab Amanah

Menerusi ruangan caption, wanita berkenaan menjelaskan ternyata warga emas tersebut telah pun datang untuk memotong rumput pada hari sebelumnya namun terpaksa berhenti sekerat jalan kerana mesin yang digunakan oleh beliau rosak.  Beliau kembali pada hari berikutnya untuk menyelesaikan tugasan yang diamanahkan. Pemilik akaun TikTok @panggilmasjela ini kemudian menutup perkongsian itu dengan mendoakan agar segala urusan lelaki berkenaan dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik.

Kredit: TikTok panggilmasjela / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post