Akui tak selamanya muda, peminat titip doa moga Uqasha-Kamal miliki zuriat

 


Sebelum ini, aktres jelita Uqasha Senrose mengakui dirinya pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali pada tahun lalu dan sehingga kini masih belum ada rezeki memiliki zuriat.

Uqasha yang juga isteri kepada aktor terkenal Kamal Adli mendedahkan kali pertama dia mengalami keguguran adalah ketika menunaikan umrah pada awal tahun 2022, manakala kali kedua pula sekitar November lalu.

Pun begitu, ia bukanlah punca buat pelakon drama Tundukkan Playboy Itu untuk patah semangat untuk terus mencuba dan memiliki zuriat sendiri.

Tak selamanya muda, moga selamanya bersama Kamal

Terbaharu, hantaran dimuat naik oleh pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen menggunakan filter sohor kini di aplikasi TikTok bersama suami tercinta menarik perhatian ramai terutama di kalangan peminat.

Menerusi video tersebut, jelas memaparkan wajah pasangan merpati dua sejoli itu seandainya sudah berusia namun kekal bahagia buat selamanya.

“Hope till jannah…adeeerrrr (emoji hati). Kita akan tua juga suatu hari nanti.. tak selamanya muda,”tulisnya penuh bermakna.

@therealuqashasenrose Hope till jannah .. adeeerrrrr ❤️ kita akan tua jugak satu hari nanti .. tak selamanya muda .. #uqashasenrose ♬ Somewhere Only We Know - Zerua

Moga ditiupkan zuriat dalam rahim Uqasha

Namun, apa yang menarik perhatian Uqasha adalah komen salah seorang pengguna aplikasi berkenaan yang mendoakan dirinya dikurniakan rezeki zuriat.

“Saya pregnant sekarang. Semoga ditiupkan zuriat dalam rahim dia (Uqasha)”doanya.

Moga bahagia hingga ke jannah

Sementara itu, ramai di kalangan warganet turut mendoakan agar pasangan selebriti berkenaan kekal bahagia bersama sehingga ke akhir hayat dan disatukan di syurga.

Sekadar info, Uqasha dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Sumber: TikTok @therealuqashasenrose / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post