[VIDEO] Wanita temui ajal bawah treler lepas mot0sikal dinaiki kecundang di selek0h

 


SEORANG wanita berusia 35 tahun maut manakala se0rang lagi rakannya cedera selepas mot0sikal dinaiki merempuh sebuah treler di Jalan Gunung Pulai, Kampung Sri Gunung Pulai, Kulai, Johor.

Komander 0perasi Balai Bomba dan Penyelamat Kulai Mohd Firdaus Juritah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejdian itu pada pukul 11.38 pagi Sabtu.

“Kemalangan membabitkan dua mot0sikal dan sebuah lori.

“Se0rang wanita berusia 35 tahun tersepit di bawah lori dan disahkan meninggaI dunia di tempat kejdian, manakala se0rang lagi penunggang motosikal, wanita berusia 38 tahun cedera,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Firdaus berkata, mayat mangsa dikenali sebagai Suria Othman kemudian dikeluarkan menggunakan alatan khas sebelum diserahkan kepada polis untuk tind4kan lanjut.

“Pemandu l0ri tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala mangsa yang cedera dibawa ke H0spital Kulai untuk rawatan,” katanya sambil menambah ketika kejadian, cuaca sedang hujan dan keadaan jalan licin.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Supritendan Yusof Othman mengesahkan laporan polis sudah dibuat berhubung kes itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan motosikal mereka dan masuk ke laluan bertentangan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber : Majoriti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post