[VIDEO] Suruh Pegangkan Phone Sebab Nak Rakam Diri Joget, Tak Sangka Reaksi Budak Ini Cuak

 


Tugas sebagai seorang rider adalah untuk menghantar semua barangan yang dipesan pelanggan

Tidak dinafikan, dalam perjalanan penghantaran ke rumah pelanggan itu, rider menghadapi pelbagai cabaran antaranya salah rumah, terpaksa redah hujan dan pelbagai lagi.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang abang rider saja mengusik budak sekolah sebelum menghantar makanan telah mencuri tumpuan.

@emychachacha

takut tak 😁 abang gurau je 😂

♬ Funny - Gold-Tiger

Selamba suruh budak pegang phone sebab nak joget

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang abang rider berhenti berjumpa dengan dua orang budak sekolah.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia selamba meminta tolong salah seorang budak memegang telefon supaya aksi jogetnya dapat dirakam. Tanpa segan silu, dia meneruskan berjoget di depan budak itu.

Lebih melucukan lagi adalah apabila kamera telefon dihadapkan kepada dua budak itu, mereka kelihatan cuak dan tidak tahu mahu beri reaksi apa.

"Ngigau malam nanti budak tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.7M tontonan, 237K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 



Haih, kita pula yang risau ya tengok abang ni! :P

Sumber : Says

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post