[VIDEO] Netizen Terharu Ibu Tetap ‘Raikan’ Keputusan Peperiksaan Anak Walau Dapat Nombor 27

Bila kita sebut tentang keputusan peperiksaan, pastinya ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka mendapatkan keputusan yang cemerlang serta bersaing merebut gelaran nombor satu di dalam kelas.

Ada juga segelintir ibu bapa yang dilihat memarahi anak mereka sekiranya tidak menepati piawaian yang diharapkan mereka sebagai contoh sekiranya anak mereka mendapat tempat terc0rot di dalam kelas.

Tetap ‘raikan’ keputusan anak

Namun, berbeza pula dengan se0rang ibu di Indonesia ini apabila dia tetap menghargai serta meraikan anaknya yang difahamkan mendapat tempat ke-27 di dalam peperiksaan.

Menerusi vide0 yang tular di TikTok itu, dapat dilihat ibu yang baru sahaja pulang dari kerja itu disambut anaknya sambil menyerahkan kad laporan peperiksaan.

Si ibu kemudiannya menjerit keriangan serta menzahirkan rasa bangganya terhadap anaknya itu meskipun hanya mendapat gred B dan C dalam peperiksaan yang lalu.

Respon netizen

Menjengah di ruangan k0men, rata-rata netizen berbangga dan terharu dengan tindakan si ibu yang tetap berbangga walaupun anaknya itu mendapat tempat ke-27 dari keseluruhan pelajar dalam peperiksaan.

Mereka juga berharap agar si anak tidak melupakan segala jasa dan pengorbanan ibunya apabila berjaya dan melangkah ke alam dewasa satu hari nanti.

@sahabatalstro2 Ibu yang bijaksana, menghargai usaha anaknya, semoga nilainya lebih baik lagi ya dik. #ibu #SahabatAlstro #beritatiktok . @barasa523 ♬ suara asli - Sahabat Alstro

Sumber: TikTok / ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post