Kebiasaannya, kita akan makan nasi dengan lauk pauk untuk mengenyangkan perut yang sedang lapar
Namun, tahukah anda sebenarnya ada orang yang tidak suka makan nasi dengan lauk. Mereka lebih suka makan nasi kosong saja.
Seperti sebuah video yang tular ini apabila seorang gadis selamba makan nasi putih kosong semasa beraya di rumah orang telah menjadi tumpuan ramai.
@attyrasaari Siap mintak tambah 🤣
♬ original sound - Attyra Saari
Anak siap minta nasi tambah, ayah pula pening kepala tengok pinggan tak ada lauk
Menerusi video yang dikongsi oleh @attyrasaari, kelihatan gadis itu sedang beraya di rumah orang bersama keluarganya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila si ibu merakam gelagatnya yang sedang makan nasi putih di meja tanpa sebarang lauk.
Lebih melucukan, ayahnya yang duduk di sebelah kelihatan hairan melihat gelagat si anak yang siap minta nasi tambah tetapi tidak makan bersama lauk.
"Macam anak aku, pergi kedai makan nasi putih je. Tak nak kuah. Tak suka ayam, tak nak telur. Orang pandang macam aku ni mak yang kejam ya haha" - Warganet
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 3.8M views, 194.9K likes dan 1.1K shares di TikTok, rata-rata warganet turut memberikan reaksi masing-masing.
Sedap juga sekali sekala makan nasi putih tak ada lauk kan, tak adalah penuh sangat perut :)
Sumber : Says
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.