Rider tak sempat elak van sek0lah masuk simpang, 5 murid sek0lah rendah cedera

 


SEKUMPULAN pelajar sekolah berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van sekolah dengan motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, Bandar Sri Sendayan, Rantau, Negeri Sembilan pada pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Taware berkata, insiden berlaku kira-kira pukul 7.25 pagi apabila van dipandu lelaki berumur 65 tahun membawa 10 penumpang pelajar sekolah rendah bergerak dari arah Taman Nusari Aman 1 menuju ke arah Taman Nusari Bayu 2.

Menurutnya, siasatan awal mendapati apabila van membelok ke kanan simpang, sebuah motosikal ditunggang lelaki berumur 17 tahun dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan terlanggar bahagian kiri kenderaan terbabit.

"Kemalangan mengakibatkan lima daripada penumpang van sekolah berumur 6 tahun sehingga 12 mengalami kecederaan luka-luka kecil akibat terkena serpihan kaca.

"Manakala pemandu van bersama lima pelajar lain tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Arifai berkata, penunggang motosikal mengalami kecederaan patah tangan kanan dan luka di bahagian kaki.

Katanya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk menerima rawatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mohd Zaman di talian 012-7173867 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 bagi membantu siasatan," katanya. 

Sumber : Majoriti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post