Kucing Terkulai Di Ruang Parkir Mot0sikal, Tuannya Menangis Ratapi Pemergian


Bagi orang yang tidak suka kucing, mungkin ada yang tak faham mengapa tuannya begitu menyayangi haiwan berbulu itu bagaikan anak sendiri. Meskipun bukan keluarga kandung, hakikatnya kucinglah yang menjadi penghibur lara di kala sunyi ataupun selepas penat pulang kerja. Betul tak?

Ralat sangat Daddy rasa Anakin..Daddy sayang Anakin sangat-sangat tau

Namun bagi pasangan suami isteri ini, pemergian kucing comel mereka bernama Anakin cukup merobek jiwa dan raga. Dalam rakaman yang dikongsikan beberapa hari lalu, terlihat wanita itu menangis teresak-esak selepas menjumpai Anaqin yang terkulai di sebuah kawasan parkir motosikal. Bayangkan sudah memberi kasih sayang dan penjagaan secukupnya, siapalah yang tidak sayu dengan situasi sebegini.

Maafkan Mommy Daddy kalau ada buat salah… Anakin doa dekat Mommy Daddy tau…

Tidak dijelaskan sebabnya, tetapi terlihat bulu kucing putih itu agak kotor selain beberapa kesan cecair merah. Menggelarkan diri mereka sebagai Mummy dan Daddy, video itu cukup meruntun perasaan netizen sehingga meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan..

Hanya pencinta kucing je tahu perasaan tu…Moga dikurniakan rezeki buat korang lepas ni

Meskipun Anaqin bukanlah kucing milik mereka, namun ramai netizen sangat memahami rasa berat hati yang sedang dirasakan oleh cat parent tersebut. Kehilangan seperti itu amatlah berat untuk dihadapi oleh seorang pencinta kucing.


Kredit : Instagram Badrul Haziq / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post