Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan semalam sememangnya menjadi memori terindah buat para pelajar setelah sekian lama menanti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat seterusnya.
Namun, disebalik kejayaan dikecapi rupanya terdapat tersingkap satu kisah sedih yang dilalui oleh seorang pelajar lelaki berasal dari Bachok, Kelantan yang membuatkan dirinya tetap kuat dan tidak mudah mengalah demi membuatkan ibu tercinta bangga.
Menerui hantaran tular, pelajar lelaki dikenali Mohd Syahril, 18, sebenarnya terpaksa menguruskan ibunya yang terlantar di katil kerana menghidapi penyakit kanser tahap 4 seperti mana dinyatakan oleh gurunya, Noor Habibi Mamat.
Kejayaan Mohd Syahril dari Sekolah Menengah Ugama Arab Darul Iman Beris Lalang diraikan bersama guru-guru yang hadir ke rumahnya sambil melawat ibunya.
Noor Habibi berkata, pelajar berkenaan mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran diambilnya meskipun sibuk menguruskan ibunya sebelum pergi ke sekolah.
“Pelajar cemerlang SMU (U) Darul Iman Beris Lalang mendapat straight A’ s dalam keputusan peperiksaan SPM pada hari ini (semalam, Khamis).
“Tidak bersama kawan-kawan menerima keputusan peperiksaan kerana menjaga ibu yang sakit kanser tahap 4. Ayah sudah meninggal dunia.
“Anak yang cukup baik. Menurut gurunya, sebelum ke sekolah beliau akan memandikan ibunya terlebih dahulu. Saban pagi,”ujarnya lagi.
Meskipun ibunya tidak memberi sebarang reaksi, pastinya tumpang bangga melihat kejayaan anaknya dan perkongsian itu meraih pelbagai reaksi.
Ramai warganet turut tersentuh melihat kesungguhan Mohd Syahril selain berbangga dengan keputusan yang berjaya diraihnya.
Sumber: TikTok @noorhabibimamat / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.