Berita duka itu dimaklumkan oleh keluarga kanak-kanak tesebut menerusi sekeping gambar memaparkan suasana dalam bilik rawatan di akaun Instagram @luthfighterboy.
Adik Luth sudah ‘pergi’
Menerusi InstaStory, pelakon berusia 36 tahun tersebut mengulang siar hantaran mengenai pemergian kanak-kanak yang menghidup ‘high grade glioma’, sejenis tumor hinggap di kepala peringkat empat itu.
Allah lebih tahu yang terbaik – Suami Anzalna
Terima dengan reda – Ahli keluarga Luth
Menurut laporan Berita Harian minggu lalu, Anzalna mengakui terkesan dengan penderitaan dilalui Luth sekali gus menggerakkan usaha mengumpul dana bagi membawa kanak-kanak berkenaan menerima rawatan di luar negara.
Difahamkan, Luth sudah menjalani pembedahan bagi membuang bahagian tumor itu sejak didiagnos 31 Januari lalu, tetapi ujian MRI (Pengimejan Resonans Magnet) baru-baru ini menunjukkan keputusan kurang memberangsangkan.
Hari demi hari berjuang, kanak-kanak berusia lima tahun itu kemudiannya dilaporkan kembali kritikal pada Ahad lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Sumber: Instagram Anzalna Nasir & @luthfighterboy / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.