Adik mesej hidap kanser, kakak sangka gurauan! ‘Pergi’ lebih awal dari jangkaan... Pagi minta padam media s0sial, malam meninggaI


BAGI wanita ini, tidak pernah hari-harinya berlalu tanpa rasa rindu terhadap adik kesayangan yang kini menghuni negeri abadi.

Meskipun sudah lebih dua tahun berlalu, namun tanggaI 28 Februari 2021 tidak mungkin akan dilupakan 0lehnya dan keIuarga sehingga bila-bila.

Disebabkan rindu yang menggamit, dia memuat naik vide0 di laman s0sial untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati, sekali gus membuatkan warga maya turut hiba se0lah-olah dapat menyelami perasaannya.

Berk0ngsi cerita dengan mStar, Wan Fatin Najwa Wan Daud berkata arwh adiknya, Wan Nur Hidayah Wan Daud meninggaI dunia pada usia 24 tahun kerana menghidap leukimia.

"Semuanya bermula sekitar September 2019. Arwah kerap demam on and off dan mengadu sakit-sakit tuIang. Akhirnya selepas buat pemeriksaan, dokt0r sahkan dia menghidap leukimia dan seI kanser ada 16 peratus dalam tubuh.

"Dia maklumkan berita tersebut kepada saya menerusi WhatsApp... beritahu ada kanser dan d0ktor jangka hayatnya hanya lima tahun.

"Saya ingatkan dia bergurau... tapi ternyata ia benar. Memang terkejut sangat," cerita wanita berusia 29 tahun ini.

Senang disapa sebagai Fatin, wanita ini berkata, adiknya kemudian menjalani kem0terapi namun rwatan tersebut tidak memberikan kesan.

Gambar kenangan Fatin (kiri) dengan arwh adiknya.

"Doktor cadangkan untuk buat pemindahan sumsum tuIang. Dalam lapan adik-beradik, abang kedua kami didapati yang paling sesuai menjadi penderma.

"Pr0sedur itu dibuat pada Jun 2020 dan dia ditahan di wad selama sebulan sebelum dibenarkan pulang. Alhamdulillah, selepas itu dia nampak sihat walaupun tubuh sedikit susut," ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi.

Bagaimanapun tambah Fatin, harapan keIuarga untuk melihat adiknya itu sembuh tidak kesampaian.

"Hujung tahun yang sama, iaitu beberapa bulan selepas transplant, kesihatannya merosot kembali dan ditahan di wad pada Januari 2021.

"Dua kali dia koma... ketika itu pula kes Covid-19 masih banyak, sedikit sebanyak situasi menjadi sukar. Disebabkan tiada perkembangan positif, kami mohon kebenaran untuk bawanya pulang supaya dapat habiskan masa dengan keluarga.

Arwh (kiri) bersama abang kedua yang menjadi penderma untuk pr0sedur pemindahan sumsum tulang.

"Sempat empat hari bersama keluarga, adik hembuskan nafas terakhir di rumah, di sisi adik beradik. Saya sempat bersamanya tiga hari saja kerana perlu pulang untuk uruskan persekolahan anak-anak.

"Terkilan juga sebab tiada pada saat-saat arwah nak pergi," luahnya dalam nada sayu.

Namun tambah Fatin, dia puas kerana dapat menunaikan permintaan arwah yang mahu tidur di sampingnya.

"Arwh nak saya temannya tidur, kemudian nak makan nasi air masakan kakak... semua kami tunaikan. Pada pagi hari terakhir, dia sempat pesan supaya jaga aibnya, padam semua media sosial.

"Dia juga beritahu, kalau dijemput 'pergi', dia reda... seolah-olah dah tahu masanya hampir tiba. Malam itu dia meninggal dunia, selepas lebih setahun sakit... tak sampai lima tahun sebagaimana ramalan doktor," ceritanya dalam nada sayu.

Sempat empat hari bersama keluarga, adik hembuskan nafas terakhir di rumah, di sisi adik beradik.

WAN FATIN NAJWA

KAKAK

Fatin berkata, seluruh keluarga terutama ibunya terkesan dengan pemergian arwah yang merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik.

"Kami adik beradik memang rapat. Waktu saya alah teruk ketika hamil anak ketiga, dia yang jadi pembantu urus hal dua lagi anak saya... kebetulan dia cuti semester.

"Jadi masa dia sakit, saya dengan adik beradik lain pula bergilir menjaganya. Arwah adik dan anak yang baik, serta seorang yang jaga solat. Sebab itu kami terkesan namun percaya, arwah di tempat yang baik dah sekarang," katanya lagi.

Arwh sangart rapat dengan anak saudaranya.

Tidak menyangka vide0 yang dimuat naik di TikTok meraih lebih 580,000 jumlah tontonan, Fatin berkata dia bersyukur kerana ramai warga maya turut mendoakan arwah adiknya.

"Berbuat baiklah sesama adik beradik. Keluarga inilah harta kita, yang ada waktu susah senang.

"Selagi ada masa, ciptalah kenangan bersama kerana kita tak tahu ajal masing-masing," akhirinya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post