“Sikit Lagi, Saya Dah Nak Naik Tangan” Ayah Terpaksa Berhenti Tepi Adam Tantrum R0sakkan Dalaman Kereta


Adam atau nama penuhnya Adam Wan Mun Yu sebelum ini menjadi perhatian apabila ahli keluarga sering berkongsi berkongsi f0to dan video memaparkan rutin hariannya sebagai penghidap masalah spekrum autistik (ASD).

Terutamanya buat ayah dan ibunya, Iman Wan Tuck Meng dan Norhaida Hasan yag benar-benar membuktikan betapa besarnya cabaran menguruskan individu autistik. 0rang luar boleh berkata “sabar”, hakikatnya kesabaran mereka saban hari diduga terutamanya dalam fasa-fasa Adam tantrum.

Baru-baru ini, ayahnya ada memuat naik di laman Tiktoknya dengan mengakui bahawa dia hampir ‘meletus’ dan naik tangan setelah Adam bertindak merosakkan bahagian dalaman kereta mereka. Hinggakan, dia terpaksa memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk membiarkan Adam tenang secara perlahan-lahan.

“Kesabaran daddy ada had juga. Kadang2 Adam memang cabar daddy tahap yang daddy takut tak mampu kawal diri, hilang akal, dan pukul Adam teruk. Astaghfirullah Al Azim… ujian Allah hebat. Saya terlalu lemah. Sikit lagi saya dah nak naik tangan. Saya terlalu marah, tapi hanya mampu tengok dan beristighfar. YaAllah,” tulisnya di ruangan kapsyen perkongsiannya.




VIDEO KLIK DISINI


Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi kata-kata semangat buat mereka satu keluarga dan yakin segala kesabaran keluarga ini menjaga Adam akan dibalas dengan kemanisan. Malah, ada juga dalam kalangan tersebut cuba untuk menyumbang kos kerosakan yang dialami.



Sumber : Tiktok @adamsautismfamily


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post