KehiIangan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) 0rang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33 sejak 19 Mei lalu masih menjadi tanda tanya hingga saat ini.
Difahamkan, bermula 29 Mei 2023, gunung berkenaan akan ditutup dan semua pendaki diminta untuk turun pada 28 Mei 2023. Namun, bayang Hawari masih belum dapat dijejaki walaupun misi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan sejak dia dilaporkan hilang.
Anak2 kerap tanya tentang Hawari
Memetik laporan dari Sinar Harian, anak-anak kepada pendaki, Hana Sakeena Muhammad Hawari, 4, dan Haris Sufian, 2, berkenaan saban hari mulai bertanyakan kepulangan Hawari setiap kali mahu tidur.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri isterinya, Saffiyah Tang Xie Lie, 34, yang sangat berharap suaminya apat pulang semula ke pangkuan keluarga.
“Bila ‘daddy’ nak balik?”
“Hana seorang anak yang kreatif dan dia ada lukis gambar tersirat di mana kami sekeluarga berada di kawasan berbukit.
“Dia tahu ayahnya ada di situ dan sekurang-kurangnya gambar itu memberi harapan buat kami sekeluarga yang Muhammad Hawari akan kembali,” katanya.
Kali terakhir berhubung 15 Mei lalu
Saffiyah yang juga OKU pendengaran turut mengakui emosinya begitu terganggu sejak sembilan hari kehilangan suami dan sentiasa menantikan sebarang perkembangan terbaru berkenaan pendaki tersebut.
Jelasnya, dia sempat berhubung dengan Hawari pada 15 Mei lalu dan suaminya memaklumkan akan memulakan pendakian.
“Memang terkejut sebab hari Khamis suami berjaya sampai ke puncak, namun hilang keesokan harinya.
“Dia sudah berjanji untuk pulang dan meminta kami bersedia untuk menyambutnya di KLIA,” katanya.
Kredit Sinar Harian |
Dia yang dikunjungi Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan di kediamannya turut berharap agar rakyat Malaysia dapat sama-sama mendoakan agar suaminya ditemui segera dan dapat pulang ke Tanah Air dalam keadaan selamat.
Sumber: Sinar Harian (Mohd Iskandar Othman) / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.