Ibu Ayah Dah Tiada, Abang Tunaikan Permintaan Adik Hadir Hari Keluarga Buat Ramai Sebak


Tiada siapa pun di dunia ini yang mahu kehilangan orang tersayang, terutamanya ibu dan ayah

Namun, ajal dan maut sudah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali azali lagi. Siapa kita untuk menolak takdir yang sudah ditetapkan. Semuanya ada hikmah di sebalik kehilangan itu.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pemuda menangis apabila abangnya datang ke hari keluarga di akademi pengajiannya telah mengundang sebak ramai.

VIDEO KLIK DISINI

Minta datang hari keluarga, tak sangka abang betul-betul muncul depan mata

Menerusi video yang dimuat naik oleh @devarjuna, kelihatan lelaki itu berkongsi cerita apabila dia menerima panggilan daripada adiknya yang bertanya tentang kehadirannya ke hari keluarga di akademi pengajiannya.

Pada awalnya, dia yang bekerja sebagai pemandu lori memberitahu tidak dapat hadir kerana masih bekerja. Namun, lelaki itu berubah fikiran selepas adiknya memberi respon seperti bersedih. Difahamkan, ibu bapa mereka telah meninggal dunia.

Lalu, dia mengambil keputusan untuk hadir juga ke hari keluarga tersebut. Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila reaksi si adik yang berlari dan menangis sambil memeluk abangnya sebaik saja dia tiba ke akademi tersebut.



"Contoh seorang abang yang terbaik. Sayu hati tengok video ni. Gugur air mata seorang lelaki" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 1.1M views, 80.1K likes dan 8.3K comments di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat reaksi adik lelaki itu yang seolah-olah memang mengharapkan kedatangan abangnya.

Komen netizen



Sebaknya tengok air muka adik dia, nampak sangat dia rindu kasih sayang daripada keluarga dia :'(

Sumber : Says

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post