6 Makna Perkara Yang Mampu Menyempurnakan Solat


Imam Gazali dalam Ihya `Ulumuddin menyebut enam makna batin yang dapat menyempurnakan makna solat, iaitu; (1) kehadiran hati, (2) kefahaman, (3) ta`zim, mengagungkan Allah, (4) segan, haibah, (5). Berharap, raja, dan (6) malu.

1. Yang dimaksud dengan kehadiran hati (hudur al qalb) dalam solat ialah bersihnya hati dari hal-hal yang tidak semestinya terlintas di dalam solat, selari antara apa yang diucapkan dalam solat dengan apa yang difikirkan.

2. Yang dimaksud dengan kefahaman, tafahhum, adalah faham terhadap makna dari apa yang diucapkan dalam solat. Kefahaman akan makna yang dibaca akan dapat membantu menghadirkan hati.

3. Yang dimaksud dengan ta`zhim ialah sikap hormat kepada Allah. Ta`zhim merupakan buah dari dua pengetahuan, yaitu pengetahuan penghayatan atas kebesaran Allah dan kesedaran akan kehinaan dan keterbatasan dirinya sebagai makhluk.

4. Yang dimaksud dengan haibah ialah perasaan takut kepada Allah yang berpunca dari kesedaran bahawa kuasa Allah itu amat besar dan berkesan serta menyedari bahawa hukum Allah atau sunnatullah itu pasti berlaku. Oleh kerana itu dia sangat takut melanggar hukun-hukumnya, kerana akibatnya merupakan satu kepastian.

5. Yang dimaksud dengan raja ', penuh harap, adalah selalu berfikir positif bahawa Allah Maha lembut dan luas kasih sayangNya. Di dalam solat, perasaan harap dan cemas silih berganti, cemas takut melanggar, dan berharap memperoleh rahmatNya.

6. Sedangkan perasaan malu, haya 'kepada Allah berpunca dari kesedaran akan banyaknya kekurangan pada dirinya dalam menjalankan ibadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala ..

Menurut Imam Ghazali, jika ke enam hal itu berkumpul pada orang solat, maka hatinya akan menjadi khusyuk kerana seluruh citarasanya, seluruh kesedarannya, tertuju hanya kepada Yang Satu, Yang Maha Agung, yang dihormati, ditakuti, tetapi menjadi tumpuan harapannya.

Sayyidatina Aisyah RA pernah menceritakan bahawa di luar solat, Rasulullah SAW biasa berbincang-bincang akrab dengan siapapun, tetapi ketika sedang solat, beliau seakan-akan tidak mengenal orang lain, dan Aisyah pun bersikap seperti tidak mengenal beliau.

Khusyuk akan mudah dicapai oleh orang yang lurus pandangan hidupnya, kerana kekeliruan pandangan hidup akan menyulitkan pemusatan perhatian dalam beribadah. Kelazatan bermunajat hanya dimiliki oleh orang yang sudah tidak lagi mencintai harta benda duniawi.

Kerana seperti yang dikatakan oleh al Ghazali bahawa orang yang masih bergembira dengan harta benda, apalagi yang masih mencampur adukkan kebaikan dengan keburukan, dia tidak dapat bergembira dalam bermunajat kepada Allah. Cinta harta dan cinta kepada akhirat tidak boleh menyatu dalam satu wadah.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post